Daftar akaun ibu bapa
Tekan Mula percuma. Isi nama, e-mel dan kata laluan sekurang-kurangnya 8 aksara.
Untuk ibu bapa dan murid Tahun 6. Lima minit membaca, kemudian anak boleh terus berlatih.
Semua gambar dalam panduan ini ialah skrin sebenar ujipksk.my dengan data contoh. Tekan nombor di sebelah gambar untuk melihat bahagian itu.
Tekan Mula percuma. Isi nama, e-mel dan kata laluan sekurang-kurangnya 8 aksara.
Nama panggilan dan tahun persekolahan sahaja. Tiada nombor kad pengenalan atau tarikh lahir.
30 soalan, 15 minit, Bahagian A, B dan C. Selepas hantar, anak nampak markah setiap bahagian dan topik yang perlu dilatih.
Profil → pilih anak → Kemajuan. Ketepatan dikira daripada 150 jawapan terkini, jadi ia menunjukkan tahap semasa anak, bukan purata sejak hari pertama. Di bawahnya ada graf markah setiap ujian dan jadual semua topik yang pernah dijawab.
Satu akaun boleh mempunyai sehingga 6 profil anak. Setiap anak ada latihan, Buku Silap dan kemajuan sendiri. Tambah anak di Profil → Tambah anak lain.
Log masuk, pilih profil kamu, dan skrin ini terbuka. Satu tugas utama di atas, semua latihan lain di bawah.
Dalam misi harian dan latihan topik, jawapan betul dan penerangan muncul sebaik kamu memilih. Baca penerangan walaupun jawapan kamu betul.
40 soalan dalam 45 minit, ikut susunan Bahagian A, B dan C. Jawapan tidak ditunjukkan sehingga kamu hantar.
Bila masa tamat, jawapan yang sudah dipilih dihantar secara automatik, walaupun kamu menutup aplikasi. Pakej percuma: 1 simulator. Pas Musim: tanpa had.
Fakta pendek yang selalu disoal dalam 100 kad. Kad yang belum diingat datang semula pada hari lain.
Di komputer: Space untuk terbalik, anak panah kiri untuk ulang, anak panah kanan untuk tahu.
Bahagian A menilai sikap dan nilai. Baca situasi, pilih tindakan yang paling matang, kemudian baca akibat dan sebabnya.
3 cerita percuma. Pas Musim membuka semua 15 cerita.
Pilih satu daripada 20 tajuk, tulis sekurang-kurangnya 100 patah perkataan, kemudian hantar. Kiraan perkataan dipaparkan semasa menulis.
Semakan karangan sedang disediakan. Karangan yang dihantar disimpan dan akan disemak sebaik semakan aktif.
Pilih sendiri topik yang mahu dilatih: 10 soalan setiap set, dengan jawapan dan penerangan selepas setiap soalan. Ketepatan setiap topik dipaparkan di senarai.
Jawapan salah daripada misi, latihan topik, ujian diagnostik dan simulator masuk ke Buku Silap secara automatik. Buka melalui jubin Buku Silap di skrin Hari Ini.
Jika salah sekali lagi di mana-mana peringkat, kiraan bermula semula dan soalan itu datang esok.
Semua profil anak bermula dengan pakej percuma. Pas Musim dibeli sekali untuk satu profil anak dan sah sehingga hari ujian PKSK 2027.
| Ciri | Percuma | Pas Musim |
|---|---|---|
| Ujian diagnostik | ||
| Misi harian & Buku Silap | ||
| Latihan ikut topik (330 soalan) | ||
| Kad Pantas (100 kad) | ||
| Insaniah Bercerita | 3 cerita | Semua 15 cerita |
| Simulator penuh (40 soalan, 45 minit) | 1 kali | Tanpa had |
| Jurulatih Karangan | Tulis & simpan | Ulasan Isi, Bahasa, Susunan |
| Laporan mingguan melalui e-mel | – |
Dibuka tidak lama lagi Pas Musim belum dijual. Semua latihan percuma boleh digunakan sekarang.
Tidak jumpa jawapan? WhatsApp kami.
WhatsApp kami di 018-383 3442 dan nyatakan e-mel akaun anda. Kami bantu anda menetapkan kata laluan baharu.
Tidak. Anak menggunakan profil di bawah akaun ibu bapa. Ibu bapa log masuk, kemudian pilih profil anak.
Semua boleh, melalui pelayar web biasa. Internet diperlukan semasa menjawab kerana setiap jawapan disimpan terus ke pelayan.
Jawapan yang sudah dipilih tidak hilang. Masa terus berjalan, jadi buka semula ujipksk.my dan tekan Sambung di skrin Hari Ini. Jika masa sudah tamat, jawapan yang sudah dipilih dihantar dan keputusan dipaparkan.
Tidak. Markah di sini ialah ketepatan latihan untuk menunjukkan bahagian yang perlu diperkukuh. Ia bukan ramalan atau markah rasmi.
Nama panggilan, tahun persekolahan dan rekod latihan sahaja. Butiran penuh dalam Notis Privasi.
Tidak. ujipksk.my ialah platform latihan persendirian yang dikendalikan oleh Novastack System Sdn. Bhd..
WhatsApp atau telefon 018-383 3442 · Novastack System Sdn. Bhd.